Sunday 21 August 2011

mereka adalah inspirasiku

biarpun duka , meh aku nak share something.
aku cari di You Tube , lepas ramai share link tentang program di TV9 iaitu Ini Kisahku.
aku jadi tetarik dgn episod pelakon yang aku sukai , Wardina Saffiyah. aku mmg kagumi dia.
dari seorang yang seksi kini bertukar angin ke arah lebih keislaman. 

dia bukan sahaja seorang wanita yang anggun , malah seorang ibu yg mempunyai kerjaya namun mampu membimbing permata hatinya seramai 3 orang.
sungguh comel sekali anak-anaknya.
dia adalah contoh terbaik bagi aku.

kenal sham kamikaze tak? alaa gitaris rock yang terkenal tu.
alhamdulilah , dari seorang yang "rock" kini m'jadi seorang pendakwah.
kisahnya bertemu hidayah ALLAH s.w.t sgt indah sekali.
aku jadi kagum terhadap lelaki ini.

maher zain juga adalah inspirasiku.
dulu , dia selalu bersosial dan kerap mengunjungi kelab malam.
kini , dia mengakui dia lebih tenang setelah kembali kepada ALLAH s.w.t.
sungguh indah kisah pelantun lagu yang cukup popular , Open Your Eyes dan Insya Allah ini.

jika boleh , aku juga mahu menjadi seperti mereka.
alangkah indahnya hidup seperti mereka.
tenang bgaikan tanpa masalah.
namun , takdir ALLAH siapa yang boleh tolak kan?

all praises to ALLAH s.w.t.
sesungguhnya aku bersyukur ke hadratNya.
DIA telah menentukan semuanya.
kini ku lebih tenang biarpun sedikit luka di hati ini.




No comments:

Post a Comment