Monday 22 August 2011

kisah hati ( part 1 )

 " ..kisah kau dan aku takkan mungkin bersatu..untuk saat ini di dunia ini.."
Petikan dari lagu popular Alyah bertajuk Kisah Hati benar-benar mencuit tangkai hatiku. Aku mula terkenangkan saat-saat indah aku bersama lelaki yang pernah bertakhta di hatiku. Tidak aku sangka sudah hampir 2 tahun perpisahan itu terjadi. Terasa segar di ingatan tatkala lelaki yang bernama Ikram Hafizi tekad memutuskan ikatan cinta kami. Sehingga hari ini , tidak dapat ku tipu diriku mengatakan bahawa aku masih mengingatinya. Adakah sudah berkahwin lelaki itu? Atau masih sendiri? Aku sendiri tak pasti. 

" ELIA!! Kau ni asyik termenung aje aku tengok. Kau teringat kekasih ke quiz Learning pagi esok? " Aliya  Asyikin , teman sebilikku merangkap teman baikku itu sudah mula membuat orkestra di rumah sewa kami.
Rumah yang diduduki seramai 6 orang itu akan sunyi jika Aliya tiada. Mana taknya , penghibur lara saat aku dan teman-teman serumah lain tension dek kerana assignment dan presentation yang tak berkesudahan.
" Liya , kau ni boleh sehari tak ber"orkestra" , boleh tak? Tak naik bingit pulak telinga aku dengar hang cam tu! " Aku dengan selamba badak berkata begitu pada Aliya. Aliya sudah mula naikkan muka seposennya. Comel dia buat muka macam itu. Bertuah aku kerana mendapat rakan serumah sepertinya. Bukan sahaja baik malah cantik serta pintar dalam pelajaran. Di kolej , dia sendiri menjadi perhatian ramai dek kerana kepetahannya berbicara. Disebabkan itulah , dia sering dipilih untuk menjadi emcee dalam sebarang acara di adakan di kolej kami. 

" Alaa kau ni Elia , agak-agaklah nak cakap muka aku ini mcm seposen. Even Irfan takde laa cakap mcm tu pada aku , beb! Perghh , tak merajuk pulak aku kan , Elia. " Aliya seakan merajuk. Sekilas aku melihat wajah Aliya yang merajuk denganku , lalu aku memeluknya.
" Liya , kau merajuk erkk? Dah laa..aku gurau je kan? Kau ni takkan tak biasa dengan aku kot? Tadi kau tanya aku kenapa aku termenung kan? OK aku jawab , ya , aku teringat Ikram. Kau rasa dia dah kahwin ke? Ke dah ada 3 orang anak? Ke still single? Boleh tak aku nak usha dia balik , Liya? Hehehe.. " jawabku sambil menunjuk senyum bagai kerang busuk. Aliya mula memandang mukaku. Berubah seketika wajahnya. 
" Kau ni memang nak kena flying kick dengan aku kan? Kau ni memang tak insaf kan , Elia? Sudahlah tu , jangan turutkan hati kau tu! Ikram mungkin sudah bahagia waktu ni. Tapi kalau dia still single , aku rasa baik kau jangan kembali pada dia. Kalau kau tanya aku kan , jawapan aku senang je , sebab aku tak nak tangok kau terluka lagi , Elia. Aku dah tak sanggup nak tengok kau nangis lagi. Kau tu kawan baik aku , Elia dan aku sayang kau sangat-sangat. OK , Elia? " Panjang lebar "syarahan" yang Aliya berikan kepadaku. Ada kebebaran di sebalik kata-kata Aliya itu. Dia tak mahu lihat air mataku sekali lagi tertumpah kerana Ikram Hafizi. 

" Thanks , Liya. Kau memang kawan sejati aku. Tanpa kau , mungkin aku tak dapat hidup.
Thanks for a lot , Liya. " Aku memeluk erat Aliya. Tak mampu aku tahankan air mata ini saat dia berkata begitu. Dia sendiri telah menyaksikan bagaimana aku sengsara dek kerana Ikram. Aliya sememangnya rakanku kerana dalam ramai-ramai rakan yang aku kenali , Aliya paling memahami aku. Sememangnya aku sangat bersyukur punya rakan sepertinya. Alhamdulilah , kerana dia sentiasa ada saat suka dan duka. Bukan sahaja seorang rakan , dia bagaikan kakakku kerana dia mudah risaukanku. 

*to be continued*

No comments:

Post a Comment