Friday 19 August 2011

kerana berubah , aku rela dibenci

assalamualaikum semuanya.
entry kali ni beralih angin sikit. 
biarlah mungkin aku sudah bersedia utk berkata tentang ini.
ini medan yg sesuai utk aku luahkan.

sejak awal ramadhan ini , alhamdulilah , aku dikurniakan hidayah dariNya.
maka , aku mengambil keputusan untuk berubah demi masa depanku.
syukur biarpun pada mulanya aku rasa tak berdaya.
mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ini.

dari seorang yang suka "huhahuha" , aku nekad berubah ke arah "diam". 
kerana itu jugalah , transformasiku bermula di hostel.
aku mula kembali menghadap Al-Quran yg sepatutnya dari dulu lg jd panduan hidupku. 
aku mula lebih khusyuk dalam mengerjakan solat 5 waktu. 

aku bertanya pada mama tentang soal ini. 
mama memberikan sepenuh sokongannya tentang niatku.
begitu juga dgn alang. alang tak henti2 memberi kata perangsang kpdku.
biarlah ( mereka yg kenaliku ) yg mungkin tak menerima perubahan ini.
aku sedar semua itu. maafkan aku , kalian. 
aku terpaksa berbuat begini. 
aku tak kisah kalau korang cop aku ni bajet alim ke. 
aku tak kisah. malah , aku terima segalanya.

biarpun ada yg tdk mahu lg berbicara dgnku , aku tak kisah. aku buat kerja aku je.
aku just balik rumah hnya utk rehat lps study , mkn dan basuh baju je.
tiap2 bulan bayar rental hostel dan bayar duit api je. hbis je study , aku tinggalkn tempat ni.
tempat yg meninggalkn banyak cerita suka dan duka.

biarpun aku terasa dgn semua perubahan ini , aku takkan berpaling lagi. sebab aku dah nampak jalan yang sebenar-benarnya buatku. 
jadi kalau ada yg baca entry ni terasa , minta maaf. sebab aku memang terasa dengan korang. 
terasa disisihkan. sedih kan? 

but..nevermind..
aku bertuah kerana ada kasih sayang dari mama dan abah.
aku beruntung kerana mereka sgt sayangkan anaknya yang sorang ni.
biarpun menangis , tetapi aku percaya ALLAH s.w.t itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
DIA Maha Mengetahui.
biarlah sorang2 , aku boleh hiduplah! 
aku tak keseorangan di dunia ini. 
saat aku menulis entry , aku sedih seakan2 mereka memandang serong akan niatku.
salahkah aku berubah demi diriku? 
salahkah ke?
aku tak nak terus hanyut akan dunia yang bagi aku , dusta semata2. 
jasad kita pada hari ini hnya pinjaman. 
yg kekal jiwa kita di akhirat kelak.
yang penting , aku takkan sesekali menyerah akan takdirNya.
sebab aku tahu yang...
I'm not perfect person. 
Aku bukan insan yang sempurna. 

lega hatiku saat ini.
alhamdulilah. syukran Ya Allah! 
moga ianya berkekalan..hingga hujung nafasku. amin. 


No comments:

Post a Comment