Sunday 21 August 2011

DIARI RAMADHAN ( hati ke 21 )

salam semuanya! 
hari ahad terakhir sebelum pulang buat selama-lamanya : satu p'kara yg sgt amazing!
dalam fikiranku kini fikir mhu pulang..tidak lg ku hiraukan soal kelas.
aku tahu aku perlu kembali ke sana.

rasa tertekan hidup di KL. bila balik rumah , rasa tenang. bagaikan tak ada masalah.
biarlah orang kata apapun.
aku mmg dah rasa tertekan yang amat dahsyat.
aku hanya tinggal bertahan lagi.

betapa besar dugaan yg ALLAH s.w.t mahu berikan kepadaku.
rasa sebak tak tahan lagi bila m'dengar suara mama dan abah.
mereka cukup merinduiku.
dan aku juga merindui mereka. sungguh!

banyak perkara yang aku ingin ceritakan kpd mama.
bnyk duka dari suka. ini pengakuan jujur dariku.
ya , aku redha dgn takdir yang DIA tetapkan. 
ya , aku bukan insan yang sempurna. punya kekurangan tersendiri. 

jangan nilai aku dari sudut luaran.
kerana aku juga ada hati dan perasaan.
kecewa? aku dah biasa. dah biasa dikecewakan oleh insan lain. ya , aku redha! 
nangis? aku kuatlah. aku adalah gadis yg kuat semangat. tak kenal erti putus asa! 

si dia? aku rasa kitorang kembali OK. biarpun aku sedang ber"honeymoon" , still hntar msg.
thanks awak. saya rasa dihargai. sekali lagi thanks! :)

itu sahaja untuk hari ni. bnyk crita duka dari suka di bulan yang barakah.
aku ada sesuatu nak dikongsikan di sini. 

" Apa jua jenis rahmat yang Allah anugerahkan kepada manusia , maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya ; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu , dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. " 
( Surah Fathir : 2 ) 

apakah p'gajaran yang kita dapat dari potongan ayat tersebut adalah kita perlulah bersyukur dengan rahmat yang telah DIA berikan kepada kita. bersyukurlah dengan apa yang ada. jangan kita bersikap tamak. hargai hidup ini , sekurang-kurangnya kita masih dapat menghirup udara di atas muka bumi ALLAH s.w.t ini. 
sentiasa redha dgn takdir yg telah ditetapkan olehNya. jangan sesekali menyesalinya. 

oleh itu , senyumlah! biarpun dalam keadaan duka. 
sesungguhnya senyuman itu penawar duka.
saat ini pun aku tersenyum , kerana aku percaya itu yang lebih baik. 
hidup ini tak lengkap jika tiada masalah! ibaratnya korang makan tanpa rasa garam! 

itu sahaja untuk hari ini. syukran ya jazilan. 
selamat malam dan selamat b'sahur semuanya! 

No comments:

Post a Comment