Monday 8 August 2011

DIARI RAMADHAN ( hari k'lapan )

salam hari isnin!
minggu baru , hari baru dan juga...
SEMANGAT BARU!
alhamdulilah..

keadaanku mula beransur pulih.
tp terpaksa perlahan2 laa.
pingggangku masih tak berapa OK lg.
mungkin ada hikmahNya.

aku percaya , ALLAH s.w.t berlaku kpd adil pd umatnya yg berbuat kebaikan.
jika berbuat baik , maka balasannya baik.
jika berbuat jahat , maka balasannya juga setimpal.
itu janjiNya yang pasti.

sekadar renungan pd hari ni..
ingin ku berkongsi petikan ayat dari surah An-Nisaa ayat 4:48 yg berbunyi..

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa selain 
dari ( syirik ) itu , bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa mempersektukan Allah , maka sesungguhnya ia telah berbuat dosa yang besar " 

moga kita dpt mengambil iktibar dari surah tersebut.
aku bukannya Siti Khadijah r.a yang mulia , bukan juga seperti Zulaikha yg begitu mendambakan cinta 
dari Nabi Yusuf a.s.
sebaliknya aku hanya ingin menimba ilmu kerana aku akui ilmu agamaku masih lagi cetek.

aku tidak peduli seandainya ada suara2 yg berkata aku tidak layak menimba ilmu agama. 
sedikit pun aku tidak gentar kerana aku ingin memperjuangkan agama suci ini.
insyaallah , moga ianya berkekalan dan aku ingin terus beristiqamah dalam mengejar kehidupan di akhirat.
ku ingin kembali kepadaNya seperti mula2 aku dilahirkan.

p/s : aku tidak membyangkan seandainya ini ramadhan yg terakhir untukku.
aku redha seandainya ini yang telah ALLAH s.w.t tentukan kepadaku.
aku tak mampu 'tuk melawan takdirNya kerana hidup dan matiku adalah demi Penciptaku.
kerana ku dambakan kasihNya yang mungkin membawaku ke syurgaNya yg hakiki. :)

No comments:

Post a Comment