Saturday 11 February 2012

Bersyukur dengan rahmatMu , Ya Allah!

Assalamualaikum & selamat pagi. 
Alhamdulilah. Alhamdulilah. Syukur. 
Kerana DIA masih beri peluang untukku hidup & bernafas lagi di dunia ini. Ya Allah , berikan aku kekuatan & berikan aku ketabahan. KAU telah memberikan aku ibu bapa yang sangat baik , rakan2 yang menyayangiku & "dia" yang sudi mencintaiku. 

Aku sangat2 bersyukur. Sebaik bangun dari tidur..ucapan syukur dibibirku tak berhenti2 ku sebut. Ya , aku akui diriku tak sealim orang yang punya ilmu agama. 

Aku tak tahu bila tiba pula giliranku menyusul. Bila aku mendengar khabar duka dari teman2ku yang kehilangan orang yang sangat mereka cintai..aku jadi TAKUT. Aku takut aku tak sempat menghadapNya lagi. 

Setiap kali waktu solat , ku mohon padaNya agar diberikan kekuatan hati. Jadikan aku redha..akan ketentuanNya. 

Dan aku takut seandainya aku tidak sempat membahagiakan kedua ibu & ayahku , adik2ku serta rakan2ku. Kerana aku sangat MENYAYANGI mereka. 

p/s : Aku bukan insan yang sempurna. Tapi aku ingin jadi yang sempurna untuk orang yang aku sayang. Kerana aku menyayangi mereka. Without them , who are me. I love all of you. 



No comments:

Post a Comment